Week 2 – Journal 1

7 Sep

Today is my first day of blogging.  The links and functions seem a little awkward to me.  Tak pernah aku blog selama ni tapi memandangkan ianya wajib dalam kursus ini, terpaksa juga aku belajar.  Baru dapat confirmation daripada instructor tadi… katanya aku boleh tulis dalam bahasa lain selain daripada Inggeris memandangkan blog ini menawarkan pelbagai bahasa.  So katanya tak kisah.  Dia percaya kat aku sebab sebelum ni pun aku dah pernah ambil beberapa kelas yang diajarnya.  Sekarang aku nak komen sikit pasal blogging menurut apa yang diajar sebelum ni. 

I’m intrigued by the statistics of bloggers out there.  Tak ku sangka majority of bloggers are college graduates, berpendapatan antara $75K – $100K dan kebanyakannya adalah kaum lelaki yang dah berumahtangga.  Apa yang kita boleh simpulkan daripada figure ini?  Ternyata kaum lelaki yang berpendidikan tinggi dan dah berumahtangga lebih suka meluangkan masa untuk blogging berbanding dengan kaum wanita.  Adakah kerana kaum wanita lebih sibuk menguruskan rumahtangga berbanding dengan kaum lelaki?  Adakah kerana kaum wanita tidak mempunyai idea yang bernas untuk menulis blog?  Atau adakah secara semulajadi kaum wanita kurang berminat untuk berkongsi fikiran mereka di laman web? 

Apa-apa pun aku rasa blogging ni mendatangkan banyak faedah.  Salah satu daripadanya ialah untuk memperluaskan pengetahuan di dalam sesuatu bidang contohnya mengenai produk-produk tertentu yang boleh mendatangkan hasil kepada pengguna.  Dalam erti kata lain, blogging berfungsi untuk memperkembangkan bisnes.  Bagi aku yang baru saja mula, aku rasa blogging ini boleh mempertingkatkan kemajuan diri terutama dalam mencetuskan pemikiran yang bernas.

To be continued…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: